
Rabu , 13/09/06 –Brigade Izzudin Al Qasam dan Dewan Perjuangan Rakyat Selasa (12/09) menyatakan bertanggungjawab atas pembunuhan seorang komandan Israel dan mencederakan sejumlah tentera lainnya dalam satu serangan di sebelah utara pintu masuk Kosvem bahagian timur Der Balah.
Serangan berlaku petang Isnin tersebut adalah kerana pihak Israel berusaha menyerang bahagian timur kem pelarian Maghaze. Para pejuang Palestin menghalangi serangan Israel dengan menyerang balas melalui sebuah bangunan di Abu Shafiah. Insiden tembak-menembak berlaku menyebabkan seorang komandan Israel maut dan beberapa orang tentera Israel cedera. Para tentera Israel yang lain melarikan diri membolehkan pejuang Palestin mengambil rampasan yang dibawa oleh komandan Israel yang terkorban itu.
Pihak Brigade Izzudin Al Qasam menyatakan, operasi ini sebagai balasan atas kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Kematian komandan Israel akibat serangan pejuang Palestin tersebut disahkan oleh pihak Zionis. Beberap saksi menyebutkan, sebuah pesawat Israel turun di tempat kejadian untuk mengambil mangsa ke hospital.