PANAS!! 21 Tahanan Wakil Rakyat dan Menteri Palestin di bebaskan.


Khamis , 14/09/06 –
Mahkamah tentera, penjara Ofer bahagian selatan Baitunya berdekatan dengan Ramalah Rabu (13/9) akhirnya memutuskan pembebasan 21 tawanan Palestin yang terdiri dari para menteri dan
wakil rakyat Palestin, wilayah Tebing Barat.


Ke 21 tahanan Palestin itu diantaranya, Dr. Aziz Duwek (Ketua Parlimen Palestin), Isa al-Ja’bari (Menteri Undang-undang tempatan ), Kholid Arafah (Menteri Urusan al-Quds) dan Nayef Rajub (Menteri
Wakaf), dengan jaminan antara 15 hingga 25 Syekal bagi setiap orang.

Keputusan ini mendapat kecaman dari pihak tentera Israel yang tidak menerima keputusan tersebut. Mereka menuntut kesemua tahanan tersebut dilanjutkan tempoh tahanannya. Sementara itu, Jawad Bulis dan Isamah al-Saidi dari kumpulan
pembela para tahanan dan menteri Palestin mengatakan kepada markaz filistine lil’ilam, pihak Mahkamah Tinggi Israel menunda pelaksanaan keputusan ini hingga jam 4.00 petang besok (Khamis 14/9), untuk memberikan kesempatan kepada pihak militan Israel menyampaikan bantahannya atas keputusan itu.

Dalam persidangan yang berlangsung selama tiga jam berturut-turut, Ketua Hakim menolak semua tuduhan dari pihak pembela yang menyebutkan Mahkamah Israel tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan para wakil dan menteri Palestin. Beliau memberi hujah bahawa undang-undang tentera dan sivil Israel menjamin bidang kuasa
tersebut.

Hakim juga menolak anggapan bahawa Parlimen Palestin mempunyai kekebalan undang-undang. Namun beliau menerima pandangan dari perwakilan tentera Israel yang mengatakan pemerintah Israel
dilarang mengemukakan pengaduan terhadap semua anggota parlimen Palestin dan para menterinya di dewan parlimen, yang bergabung dalam fraksi Reformasi. Pihak Israel mengakui keputusan pilihanraya yang didakan di Palestin dan tidak menolak calon-calon yang dikemukakan oleh
fraksi-fraksi Palestin. Pihak Israel juga tidak melakukan apa-apa tindakan setelah pilihanraya umum Palestin seperti penangkapan terhadap para wakil rakyat dan menteri Palestin.

Para wakil rakyat dan menteri yang ditangkap adalah kerana dicurigai mendalangi penangkapan tentera Israel, Gilad Shalit yang ditawan oleh kumpulan pejuang Palestin. Sehingga kini tuduhan
tersebut masih tiada sebarang bukti. Ketua Hakim memutuskan pembebasan tawanan Palestin tersebut
tetapi pelaksanaanya ditunda hingga pukul 4 petang (Khamis 14/09) untuk memberikan kesempatan kepada wakil pihak tentera mengemukakan
bantahan.