Hamas: Kerajaan baru akan berbincang dengan Israel


Jumaat , 15/09/06 –Dr. Ghazi Hamad (gambar) jurucakap bagi kerajaan Palestin memberitahu Al-Jazeera, Hamas tidak dpt menerima yg mengatakan Israel tidak akan merestu kewujudan kerajaan Palestin.


Dalam kata lain, Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniya berkata kerajaan baru akan berbincang dgn Israel. Haniya yg dilantik sebagai Perdana Menteri dlm pucuk pimpinan kerajaan baru, menambah yg kerajaan Hamas sudah memberi lampu hijau kepada beliau untuk berbincang dgn Israel semenjak kerajaan itu dibentuk.

Beberapa persatuan Palestin bersetuju untuk bersatu dan membentuk satu unit dlm kerajaan sbg langkah untuk keluar dari sekatan ekonomi yg dibuat oleh Amerika, Kesatuan Eropah dan Israel. Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberitahu persatuan2 ini, RUssia, beberapa negara Eropah dan China sedia membantu untuk membentuk kerajaan dan hubungan diplomatik akan diadakan.

Abbas berjanji beberapa hari lalu yg PA (Palestinian Authority) akan membayar tunggakan gaji kepada 165,000 pekerja awam. Mereka ini tidak menerima gaji semenjak March dimana sejak sekatan telah diadakan.