Categories
Berita Semasa

Rakyat Jordan protes di hadapan kedutaan Israel

Selasa ,14-05-2013 – Sumber Jordan melaporkan bahawa puluhan pemuda Jordan mengadakan bantahan di hadapan kedutaan Jordan di Amman, serta cuba memasuki kedutaan itu untuk menuntut pengusiran duta Israel kerana serangan berterusan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis.

Para pembantah menuntut kerajaan Jordan agar menutup kedutaan Israel selama-lamanya dan memutuskan segala perhubungan diplomatik dengan Israel kerana serangan berterusannya ke atas rakyat Palestin, harta mereka dan kawasan suci Palestin.
Puluhan pegawai Jordan ditugaskan sekitar kedutaan untuk menghalang para pemprotes yang melaungkan slogan menentang Israel dan kekejaman menjadi-jadi yang dilakukan pendatang Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : idawati