
Rabu, 15/05/2013 – Radio tentera Israel melaporkan bahawa Jawatankuasa Pembinaan dan Perancangan Wilayah di Baitulmaqdis memutuskan untuk menangguhkan bidaan bagi pembinaan 1500 unit tambahan di Ramat Shlomo, Timur Baitulmuqaddis selama tiga minggu.
Radio itu menyebut bahawa Jawatankuasa tersebut memetik keputusan pihak keselamatan, dan menambah bahawa unit-unit ini telah diluluskan untuk pembinaan pada bulan Disember 2012.
Keputusan untuk membina unit-unit ini telah dibuat beberapa tahun lalu, tetapi Israel menangguhkan ia semasa lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, ke rantau ini pada bulan Mac 2010, lapor laman web berita Arabs48.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul