
Isnin , 18/09/06 –nggota kabinet Palestin malam semalam mengajukan pernyataan letak jawatan di bawah pimpinan PM Ismael Haneyyah. Ini dilakukan sebagai langkah awal pembentukan kerajaan campuran Palestin seperti yang
disepakati oleh Hamas dan Fatah.
Langkah berikutnya adalah Haneyyah sendiri akan meletakkan jawatan dari pemerintahan otoriti Palestin sekarang yang akan disampaikan kepada presiden Mahmud Abbas. Di pihak lain, presiden Perancis Jaques Chirac menyatakan sokongan terhadap usaha Palestin membentuk pemerintahan perpaduan nasional.
Chirac juga mengirim Menteri Luarnya, Philip Dhusat Balaze untuk berbincang dengan Abbas berkenaan pembentukan kerajaan campuran dan menggerakkan kembali perdamaian. Perancis sebelumnya sudah meminta kepada dunia agar menghentikan
embargo ekonomi setelah pembentukan kerajaan campuran tersebut.
Sementara itu Setiausaha Negara Amerika, Condalize Rice menegaskan pentingnya keterbukaan pemerintahan yang akan datang terhadap
prinsip-prinsip kumpulan kuartet terutama berkenaan pengiktirafan terhadap kewujudan Israel.
Pada waktu yang sama Menteri luar Israel, Tsevi Levni menyatakan dalam sidang akhbar bersama dengan Rice di Washington bahawa pihaknya menunggu sikap pemerintahan Palestin yang baru terhadap syarat-syarat dari Amerika dan Israel yang katanya tidak boleh dirundingkan.
Sementara itu Hamas melalui Ismael Haneyyah menyatakan bahawa pembentukan pemerintahan perpaduan nasional tidak bererti mengubah
sikap sebelumnya terhadap Israel. Hamas tetap tidak akan melakukan perundingan dengan Tel Aviv meskipun beliau tidak menolak jika presiden Abbas melakukan rundingan dengan pihak Israel.