
Isnin , 18/09/06 –
Menurut laporan yg dikeluarkan, Bank Dunia melaporkan krisis ekonomi disebabkan penyekatan ekonomi oleh Israel kepada semua barang import dan eksport sejak March lalu adalah keadaan paling teruk dalam sejarah Palestin.
“Kami hadapi krisis ekonomi di Gaza dan Tebing Barat yg paling teruk sejak 13 tahun,” laporan itu menyebut.
Dalam report tersebut, yg ditulis oleh pengarah Bank Dunia untuk Tebing Barat dan Jalur Gaza, bank dunia menyatakan secara purata pendapatan seorang rakyat Palestin akan turun sebanyak 40% pada hujung tahun ini jika keadaan sekarang diteruskan, sementara kekurangan kewangan akan meningkat sebanyak 67%.
Mereka juga menjangkakan pertumbuhan per kapita juga akan turun 27%, sementara pendapatan persendirian jatuh sebanyak 30%. Bank Dunia berkata penganggur akan meningkat sebanyak 47% dan kekurangan modal kewangan akan meningkat 74% pada 2008.