Rabu, 15/05/2013 – Sumber Palestin melaporkan bahawa sekumpulan pelampau pendatang Israel menyerang dan memusnahkan harta benda dan perkuburan Palestin serta menconteng dengan kata-kata unsur perkauman di kampung As-Swiya, barat laut Tebing Barat di bandar Nablus.
Sumber turut menyebut bahawa pendatang memusnahkan rumah kaca dan dua traktor pertanian yang dimiliki Abdul Aziz Nasr dan juga menyerang serta memusnahkan kubur-kubur di kampung di samping membuat grafiti berunsur perkauman.
Pada petang Ahad, beberapa pendatang membaling batu ke arah kereta-kereta warga Palestin di persimpangan Shave Somron dekat Nablus dan mengakibatkan kerosakan teruk walaupun tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati
