Categories
Berita Semasa

Penunjuk Perasaan Aman Ditembak di Kepala Oleh Tentera Israel, 4 Lagi Cedera

Khamis, 16/05/2013 – Ibrahim Awad, 21 tahun telah ditembak dikepala dari jarak dekat menggunakan peluru keluli bersalut plastik yang dilepaskan oleh tentera Israel ketika bantahan di Beit Ummar berlansung dekat bahagian Selatan Tebing Barat. Seorang wartawan cedera di Bil’in dan tiga cedera di sebabkan penyembur lada di al-Walaja, dekat Bethelem.

Jurucakap Ahli Jawatankuasa Popular, Abu Maria berkata, bantahan tersebut dilakukan bagi membantah kekejaman berterusan terhadap pencabulan hak asasi rakyat Palestin oleh peneroka Israel di kawasan Hebron.

Bantahan Anti dinding dan penduduk akan diadakan pada minggu ini di perkampungan al Nabi Saleh, Bil’in, Nil’in dan juga Al Walaja di Selatan Tebing Barat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : huda