
Khamis, 16/05/2013 – Pagi Isnin, 13 Mei 2013, sekumpulan peneroka ekstremis Israel membakar dusun zaitun dan tanah pertanian kepunyaan rakyat Palestin yang terletak di perkampungan Qaryout, selatan bandar West Bank, Nablus.
Laporan memetik, puak peneroka Israel yang bersenjata membakar tanah-tanah pertanian, dan menghalang petani-petani menghampiri tanah mereka untuk memadamkan api.
Bashar Qaryouty, koordinator bagi Popular Community di perkampungan Qaryout melaporkan bahawa tanah-tanah pertanian yang dibakar telah ditanam dengan gandum dan pokok-pokok zaitun. Beliau juga menambah bahawa saiz tanah pertanian yang telah terbakar dalam kejadian itu dianggarkan seluas 6.17 ekar.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hafizah