
Khamis, 16/05/2013 – Gerakan Perjuangan Islam Hamas dan Gerakan Fatah sepakat untuk memulakan mesyuarat pembentukan kerajaan perpaduan nasional selepas sebulan dari sekarang dan berakhir pembentukan pemerintah selama 3 bulan, yang akan diumumkan bersamaan dengan penentuan waktu pilihanraya umum Palestin. Kesepakatan tersebut dicapai dalam pertemuan wakil kedua-dua gerakan di Kaherah, Mesir, Selasa (14/5).
Berdasarkan teks kesepakatan menjelaskan bahawa wakil Hamas dan Fatah setuju pertemuan berikutnya menjadi sesi tetap sehingga pembentukan pemerintahan perpaduan dan penentuan waktu pilihanraya. Kesepakatan ini juga menyatakan bahawa Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas harus mengeluarkan kenyataan presiden berkenaan pembentukan pemerintahan perpaduan dan pelaksanaan pilihanraya umum tiga bulan setelah kesepakatan ditandatangani.
Perkara Kedua adalah berkaitan kesepakatan berkoordinasi dengan Ketua Dewan Nasional, Salim Zanun untuk mengundang Panitia Penyiapan undang-undang pilihanraya umum Dewan Nasional untuk mengadakan pertemuan dalam tempoh seminggu selepas ditandatangani kesepakatan bagi membincangkan isu-isu yang masih belum selesai serta mengajukan formula akhir setelah disepakati Jawatankuasa Eksekutif PLO.
sumber : COMES
penterjemah : osman