
Khamis, 16/05/2013 – Dalam Laporan Mingguan Pencabulan Hak Asasi Manusia oleh Zionis Israel di Palestin yang diduduki bertarikh 02-08 Mei 2013, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) mendapati seramai 4 orang penduduk awam Palestin cedera dalam serangan di Tebing Barat, 4 lagi cedera manakala tentera Zionis Israel telah melindungi peneroka yang menyerang orang awam Palestin. 3 orang penunjuk perasaan termasuk seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, cedera semasa protes aman di tembok pencerobohan dan aktiviti penempatan haram.
Serangan Israel di Tebing Barat: Sepanjang tempoh laporan, tentera Israel telah melakukan sekurang-kurangnya 79 serangan tentera ke arah masyarakat Palestin di Tebing Barat. Semasa serangan, tentera Zionis Israel menculik sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin, termasuk 3 kanak-kanak.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz