Haneyyah: Kerajaan Campuran Tidak Iktiraf Israel!


Isnin , 18/09/06 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyyah menegaskan, Sabtu (16/9) di Gaza, program politik kerajaan perpaduan nasional Palestin yang berdasarkan pada piagam kesefahaman nasional, tidak menjamin penerimaan terhadap semua kesepakatan PLO dengan
Israel, kerana piagam tersebut tidak mengiktiraf kewujudan Israel.


Haneyyah menegaskan, tidak ada sebarang kesepakatan dengan pihak Israel. Interaksi dengan Israel hanya apabila berkaitan dengan kepentingan rakyat Palestin. Beliau menambah, program politik
kerajaan perpaduan nasional masih perlu perbahasan lanjut. Sementara itu ada beberapa perkara yang ingin kami tambahkan dalam piagam tersebut, seperti masalah undang-undang. Adapun masalah program politik, ia masih berpegang pada piagam kesefahaman nasional yang telah disepakati sebelumnya.

Piagam tersebut tidak membincangkan sama sekali tentang pengiktirafan Palestin terhadap entiti Israel.
Haneyyah menambah, beberapa pertemuan masih berlangsung dengan pihak Mesir untuk membincangkan masalah-masalah yang berkaitan
dengan kepentingan rakyat Palestin serta memulakan kerjasama serta hubungan strategik antara Palestin dan Mesir.

Saya yakin, kata Haneyyah bahawa ada perkembangan yang drastik berkait isu pembebasan tawanan Israel, Gilad Shalit. Tetapi saya tidak dapat memastikan sejauhmana perkembangannya, mungkin pihak Mesir dalam hal ini mempunyai sesuatu yang baru. Sebelumnya, Haneyyah menerima kunjungan beberapa delegasi Mesir
yang diketuai oleh Ra’fat Syahadah dan Muhammad Ibrahim di pejabatnya di Gaza. Mereka membincangkan perkembangan terakhir
Palestin.