Abu Zuhri: Ada Usaha Gagalkan Kerajaan Campuran


Selasa , 19/09/06 –
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri mengkritik beberapa pihak Palestin yang masih terus melakukan gerakan untuk menghalang terbentuknya kesepakatan nasional menuju pemerintahan Palestin bersatu setelah dicapai kesepakatan terakhir.


Usaha paling nyata adalah yang dilakukan Yaser Abduh Rabbih dan Nabel Amr berkenaan keputusan – yang katanya dari Mahmod Abbas – membekukan beberapa mesyuarat yang sudah dicapai berkenaan
pembentukan pemerintahan Palestin bersatu. Dalam pernyataannya kepada wartawan kelmarin, pernyataan yang dikeluarkan oleh presiden
Mahmod Abbas berkenaan pembekuan tersebut bertentangan dengan kesepakatan gerakan Hamas dan presiden bahawa pertemuan akan diteruskan setelah ia kembali dari luar negeri. Kenyataan itu juga bertentangan dengan pernyataan jurucakap presiden, Nabel Abu Rudainah yang menafikan pembekuan itu.

Menurutnya mesyuarat itu ditunda kerana presiden melakukan lawatan ke luar negeri. Abu Zuhri menegaskan, pernyataan semacam ini bertujuan menggagalkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional bersatu. Hamas menilai bahawa pemerintahan ini wujud dari penyatuan bersama.
Pemerintahan nasional Palestin bersatu sudah menjadi keperluan dan gerakan ini tidak akan tertarik dengan pernyataan-pernyataan sebegitu.
Menurutnya, usaha menggagalkan rancangan ini memang sengaja di adakan untuk memperburukkan kedudukan pemerintahan sekarang dan gerakan Hamas secara khusus. Akhirnya mereka akan menunding jari kepada Hamas akibat sebarang kegagalan.

Hamas tetap komited dengan piagam dan sikap politiknya. Dalam piagam kesepakatan nasional tidak ada pengiktirafan terhadap penjajah Israel atau mengorbankan prinsip-prinsip dasar Palestin.
Abu Zuhri mengatakan, mereka yang berusaha menggagalkan kesepakatan ini ingin menegaskan kepada umum bahawa ketika sudah ada kata
sepakat kemudian dinyatakan gagal seakan Hamas menyimpang dari prinsipnya. Muktahir ini sering digembar-gemburkan bahawa kerajaan
yang ada gagal padahal mereka yang menyerang pemerintah selama ini dan menyebabkan krisis sekarang.

Pihak Hamas berharap presiden berjaya dalam siri kunjungannya ke luar negara. Abu Zuhri mempersoalkan apa untungnya mengeluarkan
pernyataan yang bernada menggagalkan pemerintahan sekarang sebaliknya hanya akan menambahkan lagi kekusutan. Bahkan Yaser
Abduh Rabbih lebih dekat dengan Amerika kerana Amerika juga menyatakan bahawa mereka tidak peduli dengan kerajaan perpaduan
nasional.

Pernyataan yang bernada menggagalkan kerajaan campuran adalah kerana kesepakatan yang sudah dicapai tidak mengiktiraf Israel.