PLC menangguhkan sesi dan mengutuk serangan terhadap PM Palestin


Selasa , 19/09/06 –
Pihak Dewan Perundangan Palestin (PLC) pada Isnin mengutuk tindakan sekumpulan pegawai kerajaan yang menghalang laluan masuk Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya ke ibu pejabat PLC di Gaza di mana beliau dijadualkan untuk memberikan ucapan.

Dalam kenyataan berhubung insiden tersebut, PLC menyatakan bahawa sesi tersebut diadakan berikutan permintaan beberapa ahli yang mahu mendengar kenyataan dari PM tentang perkembangan politik terbaru. Ia menambah kumpulan tersebut menghalang laluan dari kereta PM selama lebih 15 minit sementara PM hanya mendiamkan diri dan tidak mahu mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.

Panel Presiden mengutuk perlakuan tidak beretika tersebut yang menurutnya tidak kena dengan norma dan budaya masyarakat Palestin. Mereka kemudian menggesa penyiasatan dilakukan bagi mendedahkan pihak tertentu yang merancang untuk menggagalkan sesi tersebut.

Kenyataan tersebut turut meminta Menteri Dalam Negeri Palestin meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan ibu pejabat PLC dan seterusnya meminta ahli parlimen supaya berhati-hati apabila memberikan kenyataan kepada media supaya tidak disalah gunakan bagi mencapai cita-cita politik tertentu.

Bagi pihaknya, MP Dr. Ahmed Bahar, timbalan speaker dewan yang pertama, memberitahu kepada sidang akbar tergempar yang diadakan selepas itu bahawa sesi tersebut teleh dibatalkan.

Saksi ditempat kejadian memberitahu pengawal peribadi PM terpaksa melepaskan tembakan keudara bagi menyuraikan orang ramai, dan menambah beberapa orang pengsan berikutan kesesakan waktu itu.