Rabu, 05/06/2013 – Pasukan tentera Zionis mengepung kem pelarian Jalzon, di bahagian timur laut Ramallah, Rabu (29/5) untuk menangkap salah seorang pimpinan gerakan Jihad Islam (JI) yang juga perwakilan jawatankuasa elemen nasional Palestin.
Sementara itu, dalam keterangan akhbarnya, Jihad Islam mengatakan, tentera Zionis menyerbu kem pelarian dan menangkap pimpinan JI, Syaikh Said Nakhlah (55 tahun) di rumahnya. Beliau merupakan pimpinan utama JI yang sudah dikenali ramai. Beliau juga pernah ditahan di penjara Zionis selama 17 tahun, selain ditahan di penjara otoriti Palestin selama beberapa kali.
Syaikh Said ditangkap ketika menghadiri perhimpunan sokongan terhadap tawanan mogok lapar yang diadakan oleh pihak JI sebagai perjuangan baru dalam membela hak-hak mereka. Dengan ini JI menganggap Israel bertanggungjawab penuh atas keselamatan Syaikh Said. Tahap kesihatan beliau sekarang dalam keadaan yang tidak stabil iaitu beliau mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta diabetis.
sumber : COMES
penterjemah : osman