Kerry memeras Abas agar menyerahkan hak untuk kembali dengan bayaran 4 billion dollar

Rabu, 05/06/2013 – Pada Forum ekonomi antarabangsa baru-baru ini di Amman, Setiausaha Amerika Syarikat (AS), John Kerry mendedahkan bahawa AS akan menawarkan kepada pihak berkuasa Palestin (PA) sebanyak 4 billion dollar untuk membaikpulih ekonomi Palestin.

Bagaimanapun, Kerry telah menyatakan dengan jelas bahawa perlaksanaan pekej insentif itu tertakluk kepada penerusan proses damai yang tertangguh di antara rejim Israel yang disokong penuh kerajaan AS dan PA yang mana dalam keadaan kritikal bergantung pada Israel dan barat.

Sebahagian pemerhati mengalu-alukan cadangan AS itu dan memejam mata kepada ketidakadilan yang bakal berlaku kepada rakyat Palestin hasil rundingan itu. PA telah menafikan bahawa ia akan mengorbankan hak kembali untuk rakyat demi kepentingan ekonomi. Namun begitu, daripada reaksi awal rakyat Palestin ternyata majoriti rakyat Palestin ragu-ragu sama ada Abbas akan berjaya mempertahankan pendirian dari dibuli AS.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati