
Rabu , 20/09/06 –Akhbar Israel Yedeot Aharonot, Isnin (18/9) menyiarkan
berita duta Amerika di Al-Quds terjajah, Jack Walls mengancam Presiden Palestin Mahmud Abbas, diperlakukan sebagaimana Hamas, jika beliau bergabung dalam kerajaan perpaduan nasional yang telah
disepakati bersama Hamas.
Pernyataan ini disampaikan Walls dalam pertemuanya dengan Mahmud Abbas pada 16 September lalu di pejabat kedutaan Amerika di
Ramallah. Amerika memberi alasan bahawa program kerajaan campuran Palestin yang akan dibentuk Hamas bersama Fatah tidak tunduk pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kumpulan kuartet antarabangsa.
Pihak kedutaan tidak mengiktiraf pemerintahan yang dipimpin Hamas, jika pemerintahan tersebut tidak mengiktiraf Israel, terus melakukan tindakan keganasan dan tidak menerima kesepakatan antara
Israel dan PLO. Walls menyebutkan, tiada masalah bagi kami, jika Abbas mahu bergabung dengan pemerintahan Hamas, tapi perlu diingat, jika
mereka tidak mengendahkan syarat-syarat dan ketetapan antarabangsa, maka kami akan memperlakukan beliau sebagaimana kami memperlakukan Hamas, katanya.
Harian Yadaeot Aharonot juga menyatakan, bahawa Abbas belum mendapat undangan dari Rumah Putih. Sebaliknya beliau diminta hadir dalam pertemuan tersebut untuk membahaskan pembentukan kerajaan
campuran. Beliau diharapkan dapat menerangkan langkah-langkah politiknya kepada pihak Amerika, tanpa perlu mengubah politik Hamas.