
Khamis , 21/09/06 –Sebuah kapal terbang milik rejim Zionis pada sebelah pagi semalam (20/09/06) telah melancarkan
roket ke arah rumah awam di selatan Gaza yang mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Saksi berkata
rumah dua tingkat itu milik Fathi Abu Jarad musnah teruk selepas serangan tersebut. Tiada kemalangan jiwa
di laporkan.
Sementara itu, rejim Zionis telah menyerang bandar Beit Lahai di utara Jalur Gaza, memusnahkan
tanaman , sumber tempatan melaporkan. Jentolak2 tersebut diiringi kereta kebal sementara
melakukan kemusnahan tersebut.
Sayap pergerakan Jihad Islami telah melancarkan 2 roket Quds ke arah penempatan haram
Sderot dan Erez. Pihak rejim Zionis mengakui penduduk setempat mengalami kecederaan dan
tinggal dalam ketakutan.