
Isnin , 24-06-2013 – Pendatang Yahudi dari kumpulan Price Tag menyerang sebuah kereta rakyat Palestin di jalan Nablus-Qalqilia pada Khamis dan memusnahkannya.
Amjad Jaber, dari Qalqilia, berkata para pendatang yang fanatik itu dari penempatan Yitzhar menghalang keretanya dan membaling batu. Beliau berkata lemparan batu itu merosakkan tingkap depan dan semua pintu serta menambah bahawa dia bernasib baik kerana selamat. Pemeriksaan perubatan menunjukkan wajah Jaber yang berdarah akibat kaca pecah setelah beliau menyelamatkan diri dari pendatang yang mengugutnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati