Categories
Berita Semasa

Serangan siber menyebabkan syarikat Israel kerugian besar

Isnin, 01/07/2013 – Data Israel menunjukkan bahawa sektor teknologi maklumat dan sistem komputer di Israel telah rosak teruk akibat serangan siber oleh aktivis antarabangsa yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Globes Website berkata syarikat-syarikat Israel yang beroperasi di bidang sistem maklumat pada suku pertama tahun ini sahaja, kerugian hampir dua ratus juta shekel (kira-kira AS $ 55400000), hasil daripada satu siri serangan siber.

Menurut data, jumlah kerugian dalam syarikat-syarikat teknologi Israel telah menjadi dua kali ganda tahun ini, dimana dalam tempoh yang sama tahun lepas ia mencatatkan kerugian sebanyak seratus juta shekel (kira-kira 27.7 juta dolar Amerika Syarikat).

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : norsyuhada