Categories
Berita Semasa

Kampung Tawana berhadapan peluasan penempatan Yahudi

Isnin, 01/07/2013 – Saber al-Hariny, ahli jawatankuasa kampung Tawana memberitahu wartawan yang setiap hari penduduk kampung telah terdedah dengan percubaan peneroka yang mahu merampas tanah-tanah bersebelahan dengan penempatan yang mengelilingi kampung itu.

Kampung Tawana yang berada di timur bandar Yatta, selatan al-Khalil mempunyai penduduk sekitar 400 orang dan dikelilingi oleh empat penempatan Israel; Fatah Sedro, Ma’on, Karmiel dan Umm Arayes.

Al-Hariny berkata pertubuhan Zionis berusaha untuk mengusir penduduk kampung dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka di tengah-tengah ketiadaan sokongan daripada Pihak Berkuasa Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz