Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan khemah dan berek di Lembah Jordan

Khamis ,11-07-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu pada Isnin di Lembah Jordan di Tubas di mana mereka memusnahkan khemah dan pondok milik para petani Palestin.

Hampir 20 kenderaan tentera dan jentolak menyerbu kawasan itu dan memusnahkan sejumlah khemah dan bangunan pertanian di Al-Hadidia, Tubas di Tebing Barat, sumber tempatan melaporkan. Sumber menambah bahawa tentera rejim Israel mengugut para penduduk untuk mengosongkan kampung Atouf untuk tujuan penempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati