Categories
Berita Semasa

Peneroka tenggelamkan tanah Palestin dengan air sisa kumbahan di Baitullaham

Khamis ,11-07-2013 – Peneroka penempatan Beitar Illit yang dibina di atas tanah Palestin di barat Baitullaham telah menenggelamkan kira-kira 100 dunum tanah pertanian Palestin dengan air sisa kumbahan di Kampung Wadi Fukin Ahad lalu.

Tanah tersebut menjadi tidak sesuai untuk kegunaan pertanian kerana dipam dengan air kumbahan secara berterusan oleh peneroka .

Persatuan Penduduk Desa Wadi Fukin dalam satu kenyataan meminta pihak berkuasa untuk campur tangan bagi menghentikan ‘serangan peneroka terhadap penduduk kampung itu’.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz