
Isnin ,15-07-2013 – Jawatankuasa Popular Penentangan di Palestin mengkritik perjumpaan yang diadakan di antara pemimpin pihak berkuasa Palestin (PA) dan Fatah bersama pemimpin parti pelampau Yahudi.
Jawatankuasa itu menyatakan bahawa perjumpaan sedemikian melanggar kehendak rakyat yang menolak polisi berbaik-baik dengan Israel.
Kenyataan itu turut menambah, “pada masa Israel semakin meningkatkan serangan ke atas rakyat Palestin dan rakyat Palestin pula menggesa agar aktiviti penempatan diberhentikan serta membebaskan para tahanan, kami terkejut dengan perjumpaan tersebut.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :nur idawati