Categories
Berita Semasa

Tebing Barat saksi ketegangan akibat kenaikan harga pada bulan Ramadan

Isnin ,15-07-2013 – Tebing Barat menyaksikan keadaan tegang akibat gaji yang rendah dan kenaikan harga barang terutama di bulan Ramadan.

Munther Sabha, penduduk Tebing Barat, memberitahu wartawan bahawa persediaan untuk bulan Ramadan telah bertukar menjadi beban ekonomi berikutan kenaikan harga. “Setiap tahun kuasa membeli berkurangan manakala gaji adalah sama,” katanya. Penyelidik ekonomi, Munir al-Kuni berkata: “rakyat menanggung bil atas dasar ekonomi kerajaan, termasuk kenaikan tambah nilai cukai (VAT) tanpa menawarkan pengecualian cukai bagi komoditi untuk golongan miskin.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul