
Selasa ,16-07-2013 – Rejim Zionis memberi notis perobohan kepada empat keluarga di kampung Aqraba, selatan Nablus, pada Ahad lalu.
Bilal Abdulhadi, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Aqraba, memberitahu bahawa IOA memaklumkan empat rakyat di Gunung Akar ke barat daya kampung itu bahawa mereka perlu mengosongkan rumah mereka. Beliau berkata bahawa IOA mendakwa pembinaan rumah mereka adalah di kawasan C dan telah dibuat tanpa kebenaran.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul