
Selasa ,16-07-2013 – Sebuah dokumen rahsia menunjukkan peranan gerakan Fatah yang dipimpin Ketua Otoriti Ramallah, Mahmud Abbas yang berada di belakang tuduhan-tuduhan terhadap gerakan Hamas yang didakwa campur tangan dalam krisis dalaman Mesir.
Dalam dokumen yang diterbitkan media Mesir ini menjelaskan tentang surat dari Jamal Muhaisin, anggota Jawatankuasa Pusat Gerakan Fatah dan organisasi di wilayah luar negeri, yang ditujukan kepada Samih Barzaq, Ketua Setiausaha Jawatankuasa serantau, iaitu sebuah jawatankuasa khusus yang menguruskan kerja pengkaderan gerakan Fatah di luar Palestin.
Surat ini menunjukkan permintaan Muhaisin untuk pendokumentasian seluruh laporan yang disiarkan media massa Mesir berkenaan dengan dakwaan campur tangan gerakan Hamas dalam urusan dalaman Mesir.Beliau juga meminta memanjangkan aporan-laporan tersebut kepada pihak media dan perisik.
Dokumen ini menunjukkan arahan dan langkah-langkah yang harus dilakukan oleh anggota jawatankuasa serantau untuk sasarannya gerakan Hamas dan menyiarkannya di media massa Mesir.
sumber : COMES
penterjemah : Osman