Khamis ,18-07-2013 – Para jeneral yang memberontak dan melanggar undang-undang di Mesir bukan sahaja merampas kuasa dan menggulingkan presiden yang sah, bahkan kejahatan mereka melampaui batas dengan mensabotaj kedudukan ekonomi dan kehidupan rakyat Mesir. Ini bukan sahaja berlaku di Mesir tetapi mereka juga mengepung Semenanjung Gaza dan memberi tekanan kepada 1.8 juta rakyat Palestin dan menutup satu-satunya laluan yang menghubungkan mereka dengan dunia. Dan lebih teruk lagi, mereka menutup perbelanjaan dan memusnahkannya dengan tujuan mencekik rakyat palestin bagi melengkapkan plot rampasan kuasa untuk menggulingkan pemerintahan Hamas dengan mengubah kehidupan mereka kepada kehidupan neraka bagi mengisytiharkan kemaksiatan dalam pergerakan Hamas.
Proses tekanan dilakukan oleh para jeneral yang merampas kuasa terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dengan cara sistematik dan berterusan bermula dengan kempen media yang memberi focus kepada penduduk Palestin dan mangsa mereka, menjadikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di Mesir dan menuduh mereka melancarkan serangan bersenjata terhadap tentera Mesir di Sinai serta tuduhan-tuduhan palsu yang lain. Kemudian beralih daripada “Media Pemangsaan” kepada menghalang penduduk Palestin dari memasuki Misran, satu-satunya saluran untuk ke dunia luar dan meletakkan semua peduduk palestin dalam keadaan takut seperti pengusiran atau penahanan tanpa apa-apa sebab.
Apa yang dilakukan oleh para jeneral yang melanggar undang-undang di Mesir terhadap penduduk Palestin sangat berbahaya. Ini bermakna rakyat bukan sahaja berhadapan dengan musuh mereka, Israel akan tetapi mereka juga berhadapan dengan musuh-musuh daripada para jeneral, media dan sistem mereka yang teruk yang telah dibina oleh rejim Mubarak yang digulingkan yang diragui akan kembali kepada pemerintahan semula. Rejim Mubarak yang telah digulingkan telah merancang membuat kospirasi ke atas rakyat Palestin dengan member tekanan kepada mereka. Mereka merupakan rakan kongsi Israel dalam sentiasa membalas dendam terhadap Palestin. Dan cukuplah kita mengingati semula Menteri Luar Negeri Israel Tzipi Livni mengumumkan perang ke atas Semenanjung Gaza di tengah-tengah Kaherah dengan persetujuan Mesir dan penyelarasan diselia oleh Ketua Perisikan yang digulingkan, Omar Suleiman secara peribadi seperti yang disiarkan akhbar Israel ketika itu. Dan pada hari ini, pengikut Omar Suleiman melengkapkan apa yang beliau mulakan tentang penyelarasan keselamatan bersama entiti Israel pada peringkat tinggi, dan cukup dengan menunjukkan bahawa helikopter tentera mesir memasuki ruang udara Gaza selepas rampasan kuasa dan terbang di ruang udara Rafah dan Khan Younis selama satu jam dengan persetujuan Israel.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen