
Khamis ,18-07-2013 – Kerajaan Palestin telah mengesahkan bahawa penutupan terowong antara Gaza dan Mesir menyebabkan krisis bahan bakar yang serius yang mana mengakibatkan masalah bertambah buruk dan melibatkan 70 ribu pemandu di kawasan ini.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Khalil Zayan berkata semasa sidang akhbar yang diadakan oleh pejabat media kerajaan Selasa (16/ 7) bahawa kira-kira 20 ribu kenderaan awam, dan 30 ribu kenderaan persendirian rosak dengan terhalangnya kemasukan bahan api ke Semenanjung Gaza.
Beliau menambah lagi, terdapat banyak pengangkutan kereta berhenti bekerja sepenuhnya, kerana ketiadaan bahan api yang diperlukan untuk menjalankannya. Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengangkut barang-barang dan bahan-bahan penting ke kedai-kedai perniagaan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nursyuhadak