Categories
Berita Semasa

Memperbaharui Pengetahuan Tentang Bahaya2 Terhadap Palestin.

Khamis ,18-07-2013 – Para pemimpin dan pemikir Palestin hendaklah benar-benar sedar akan bahaya serta ancaman berikutan angin perubahan yang menerbangkan semua fakta dan data yang kita ketahui tentang mereka. Isu Palestin sepanjang menyelusuri sejarah merupakan sumber perpaduan antara orang Arab walaupun terdapat perbezaan dalam sistem politik di antara mereka, namun tidak lagi sekarang kerana situasi telah berubah, di mana kebanyakan orang Arab tenggelam dan hanyut dalam konflik serta pertempuran yang dahsyat, 1/ 3 daripada rantau Arab yang terlibat dalam perang saudara serta konflik-konflik yang memecahbelahkan rantaian masyarakat Arab. Campur tangan antarabangsa tidak lagi bertujuan untuk keamanan dan keselamatan rakyat Palestin, akan tetapi jaminan keamanan kepada Israel yang merampas hak-hak penduduk Arab Palestin dan bercita-cita untuk memporak-perandakan masyarakat Arab serta memisahkan negara mereka menjadi kawasan-kawasan kecil. Sewaktu Perang Dunia Pertama, banyak wang yang digunakan untuk memecah-belahkan Negara Syam kepada beberapa jajahan-jajahan kecil, dan diantaranya ialah memisahkan Palestin dan menyerahkannya kepada Yahudi.

Setelah berkonflik selama satu abad, kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya serta ancaman terhadap Palestin perlu diperbaharui. Isu Palestin hendaklah berada di bawah semua ideologi, dan cukuplah pengembaraan dan pertaruhan politik penduduk Palestin yang menelan belanja yang sangat banyak. Kebijksanaan serta berhati-hati dengan setiap perkataan yang dituturkan sangat diperlukan kini. Kepimpinan Palestin harus bijak dan hendaklah memastikan keprihatinan mereka yang utama ialah terhadap Palestin, kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab mereka. Semua orang mengetahui bahawa Israel sedang berusaha mengambil kepentingan atas apa yang berlaku di rantau Arab untuk mengekalkan agenda dan propaganda serta memberi tumpuan kepada legitimasi dengan alasan Palestin adalah satu-satunya negara yang stabil di kedudukannya dan kita perlu berusaha untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di rantau kita iaitu rantau Arab yang begitu berharga, serta menghentikan keganasan dan pembunuhan, dan mengutamakan kebijaksanaan serta toleransi untuk mencapai jalan penyelesaian politik secara rasional.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurfahana