Categories
Berita Semasa

Kesatuan Tahanan : Pemogok lapar Jordan diletakkan bersama pesakit mental

Khamis ,18-07-2013 – Kesatuan tahanan Palestin berkata pemogok lapar dari Jordan sedang diletakkan bersama pesakit mental di rumah sakit penjara Ramla bagi mendesak mereka menghentikan mogok lapar.

Peguam kesatuan berkata pemogok lapar itu telah digari dan dirantai semasa lawatannya ke penjara Isnin tanpa mengambil kira keadaan kesihatan mereka yang teruk.

Beliau berkata pentadbiran penjara itu memberitahunya bahawa tidak ada peguam boleh melawat pemogok lapar itu melainkan mendapatkan kebenaran pegawai daerah, sambil menyatakan langkah ini bertujuan untuk mengasingkan mereka dari dunia luar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

One reply on “Kesatuan Tahanan : Pemogok lapar Jordan diletakkan bersama pesakit mental”

Comments are closed.