
Jumaat ,02-08-2013 – Membebaskan mana-mana tahanan Palestin dan Arab dari penjara penjajah adalah hak undang-undang dan hak perikemanusiaan, ini adalah bagi membetulkan jenayah yang dilakukan oleh penjajah terhadap rakyat Palestin. Ketika Pertubuhan Pembebasan menandatangani Perjanjian Oslo, mereka tidak mampu membebaskan sebahagian penting daripada tahanan disebabkan undang-undang yang tinggi, pada asalnya mengikut perjanjian adalah membebaskan mereka. Selepas beberapa tahun, sebahagian daripada tahanan keluar bagi memenuhi Persetiaan Liberal. Pada hari ini, penjajah menggunakan perjanjian mereka untuk memeras ugut dan pertukaran jual beli. Tahanan dianggap harga yang wajib dibayar untuk tunduk kepada kuasa baru sebagai syarat rundingan. Malangnya, kerajaan menerima permainan yang tidak dihormati ini dan tidak layak dengan pengorbanan tahanan, kesabaran mereka dan hak-hak mereka untuk dibebaskan tanpa menjejaskan hak-hak dan ganjaran kita.
Fail tahanan adalah fail-fail yang paling penting yang menjadi keutamaan rakyat palestin. Mereka berhak berada di luar kerangka tradisi sekurang-kurangnya mengenai Persetiaan Liberal dan transaksi pertukaran. Ini kerana penjajah tidak memahami dan mengetahui kecuali hanya bahasa tekanan dan kuasa, adapun bahasa pengemis dan bayaran harga adalah hak-hak palestin dan ini tidak menambah krisis kecuali rumit.
Kita tidak boleh gagal berdiri dengan segala penghormatan kepada seratus empat tahanan dimana penjajah mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk membebaskan tahanan mengikut peta rundingan baru. Kita menghargai mereka sebagai pejuang walau apapun fahaman politik dan daerah geografi mereka. Adalah hak tahanan untuk dibebaskan dan kembali kepada keluarga, negara dan rakyat mereka dengan selamat. Namun kita perlu berhati-hati dengan permainan dalam gerakan tahanan terutamanya pada tarikh pembebasan. Ini kerana penjajah tidak menghormati tarikh dan juga perjanjian tambahan lagi perkara ini terserah kepada penjajah untuk bertidak tanpa campur tangan dan peranan pihak berkuasa yang jelas.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah