
Jumaat ,02-08-2013 – Mahmoud Abbas mengadakan rundingan secara individu selepas tempoh selama senggang 3 tahun. Terdapat bahaya sebenar dalam keputusan peribadi ini yang tidak berdasarkan mandat popular. Keputusan tidak dikeluarkan daripada institusi yang diberi mandat oleh rakyat. Setiap lapisan rakyat Palestin membantah keputusan untuk kembali, dan sebahagian daripada mereka telah keluar berdemonstrasi serta demonstrasi berakhir dengan kekerasan dan perpecahan.
Tidak ada justifikasi politik yang meyakinkan akan kepulangan yang sengsara ini dibawah naungan kerajaan sayap kanan di Israel, dan naungan Amerika yang berat sebelah dengan Zionisnya, dan dibawah naungan Dunia Arab yang keliru serta sibuk dan dalam menghadapi perancangan kumpulan pemusnah yang bergerak menentangnya.
Mahmoud Abbas juga tidak mengemukakan sebarang justifikasi politik yang meyakinkan atau menerangkan hala tuju yang dipilihnya dihadapan rakyat, dan saya mengagak dia memang tidak mempunyai hala tuju sejak dari mula.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfahana