
Isnin ,05-08-2013 – Tentera ZIonis Israel telah membunuh seorang rakyat Palestin dan menahan 200 yang lain sepanjang bulan Julai lalu di Tebing Barat dan Gaza, menurut laporan Hak Asasi Manusia Yayasan Tadamun.
Ahmad al-Bitawi, seorang penyelidik di yayasan itu berkata Moataz Sharawna Idris, 19, telah dibunuh selepas dilanggar jip Israel semasa pertempuran yang meletus di Dura , al-Khalil. Laporan yayasan itu menyebut 200 rakyat Palestin telah ditahan Julai lalu termasuk 40 kanak-kanak berusia di antara 12-18 tahun dan 10 orang pelajar universiti yang belajar di luar negara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz