Categories
Berita Semasa

Dokumen yang memalukan.. Kejadian dan Tarikh Pembukaan mengesahkan kesahihannya.

Isnin ,05-08-2013 – Kebanyakan rakyat Palestin tidak terkejut dengan dokumen-dokumen yang didedahkan oleh Pergerakan Hamas pada hari selasa, mengenai munculnya konspirasi yang dimainkan Pergerakan Fatah untuk menjatuhkan imej Gaza, Pergerakan Hamas dan Pergerakan Rintangan
Palestin.

Semalam, dunia dan rakyat Palestin menyaksikan dokumen yang tepat, bertarikh dan bertandatangan, yang merupakan satu jenayah baru dengan rekod pemalsuan dan penipuan yang dilakukan oleh Pergerakan Fatah yang dilihat sebagai ideologi politik yang berlawanan dan pertama di arena Palestin.

Seperti yang didedahkan oleh Pergerakan Hamas, Pergerakan Fatah dan Pihak Berkuasa Palestin bertanggungjawab secara langsung dalam kempen hasutan yang mendedahkan tentang Gaza dan rakyat palestin dalam media Mesir, mereka juga menerbitkan beberapa dokumen yang berkaitan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah