Isnin ,05-08-2013 – Akhbar (Haaretz) menyatakan bahawa Setiausaha badan kehakiman Tzipi Livni sedang berusaha beberapa hari ini untuk merangka draf undang-undang baru bagi memberi makan tahanan yang mogok lapar «dengan menggunakan kekerasan» melalui pengesahan mahkamah setelah dikemukakan kepada beliau laporan perubatan yang menyatakan bahawa kehidupan tahanan mogok lapar berisiko sekiranya tidak berhenti mogok lapar.
Beliau menegaskan bahawa rang undang-undang tersebut adalah bagi menghadapi perluasan fenomena tahanan mogok lapar «yang mahu mogok untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk melepaskan mereka». Akhbar itu menyatakan bahawa Peguam Negara bagi Hal Ehwal Jenayah, Dan Nzera menjalinkan hubungan dengan wakil-wakil Perkhidmatan Keselamatan dan Kementerian Kesihatan bagi mengkaji cara-cara untuk mengurangkan kejadian mogok lapar, dan memberitahu kepada mereka mengenai «tindakan untuk memberi makan kepada tahanan mogok lapar dengan menggunakan kekerasan» yang mana telah diamalkan di beberapa negara di Barat.
Dan ia telah dipersetujui untuk mengikuti prosedur seperti mana pemberian hak yang telah diputuskan oleh mahkamah selepas mendengar laporan perubatan dan kedudukan tahanan atau wakilnya. Canselor akan menyampaikan cadangan itu kepada Setiausaha badan kehakiman dan Peguam Negara, Yehuda Feinstein dan tahap politik sebelum meletakkan ia sebagai undang-undang.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen