
Sabtu ,17-08-2013 – Banduan dari Jordan, Abdullah al-Barghouthi telah dipindahkan dari hospital Afula ke hospital penjara Ramle walaupun keadaan kesihatannya merosot secara mendadak selepas 104 hari mogok lapar, menurut sumber dari hak asasi manusia.
Institusi Mandela bagi hal ehwal tahanan Palestin mengesahkan bahawa al-Barghouthi telah dipindahkan ke hospital penjara Ramle setelah menghentikan mogok lapar sejak Ahad lalu.Institusi itu melahirkan kebimbangan terhadap status kesihatan al-Barghouthi apabila beliau
dipindahkan dari penjara Afula sebelum beliau sembuh sepenuhnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul husna