Categories
Berita Semasa

Forum media mengutuk pembunuhan 7 wartawan oleh pasukan keselamatan Mesir

Sabtu ,17-08-2013 – Forum media Palestin mengutuk pasukan keselamatan Mesir yang telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh wartawan dan penulis serta mencederakan dan menangkap yang lain semasa demonstrasi bantahan secara aman yang memihak kepada Presiden
Mesir Mohamed Morsi.

Forum itu berkata dalam satu kenyataan yang diterima Pusat Maklumat Palestin pada petang khamis, 8.15 bahawa data yang ada merujuk kepada pembunuhan sekurang-kurangnya tujuh orang wartawan dan penulis serta mencederakan dan menahan beberapa
orang yang lain sebaik sahaja pasukan keselamatan Mesir melancarkan das tembakan secara rawak semasa menghalang demonstrasi bantahan secara aman yang berpihak kepada Presiden Morsi.

Antara senarai wartawan yang mati terbunuh ialah :

1) Mick Deane, jurugambar “British Sky News”,beliau terbunuh semasa membuat liputan tentang peristiwa Rabiah el-Adawiyah di Kaherah. Beliau juga menyertai liputan mengenai peperangan Gaza baru-baru ini.

2) Ahmed Abdul Jawad, wartawan di jabatan berita di saluran percuma 25 dan saluran Mesir 25.

3)Habibah Ahmed Abdul Aziz, wartawan akhbar “Gulf News” UAE

4) Asma Saqar, penulis berita tentang menangani isu-isu keluarga dan sosial daripada perspektif islam.

5) Mus’ab al-Shami, jurugambar rangkaian pemantauan media. Beliau terbunuh ketika membuat liputan demonstrasi bantahan di Rabiah

6) Adam Mohamed Adam jurugambar pentas di Rabiah el-Adawiyah

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah