
Sabtu ,17-08-2013 – Gerakan Hamas mengutuk penyambungan rundingan antara pihak berkuasa Palestin dan rejim Israel dan memberi amaran ia tidak akan mengambil kira kepentingan Palestin.
Hamas berkata rundingan yang diperbaharui itu akan menjejaskan rakyat Palestin, hak dan kesatuan serta masa depan Palestin. Fawzi Barhoum, jurucakap gerakan, menekankan dalam kenyataannya bahawa gerakannya menolak sekeras-kerasnya sambungan rundingan yang hanya akan mementingkan rejim. Beliau menyeru semua rakyat Palestin dan semua kumpulan agar sedia menghadapi perancangan bahaya ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati