
Selasa ,20-08-2013 – Kerajaan Hamas mengutuk serta mengecam letupan yang disasarkan di selatan Beirut pada hari Khamis 15 Ogos.Dalam satu kenyataan, pergerakan itu mengisytiharkan bahawa serangan ini berdosa terhadap rakyat Lubnan di selatan bandar serta merangkumi semua rakyat Lubnan dan menolak sebarang kegiatan sabotaj dan pemusnahan yang mengancam perpaduan masyarakat Lubnan serta melemahkan sebarang perkhidmatan musuh-musuh.
Pergerakan Hamas juga mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Mangsa dan mengharap pemulihan segera kepada yang cedera, serta menyeru kepada kesatuan dan perpaduan agar peluang tidak terlepas ke tangan para perancang konspirasi. Hamas juga menegaskan komitmen serta keprihatinan mereka terhadap keamanan dan kestabilan Lubnan
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfahana