Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk seru rakyat Palestin di Tebing Barat bangkit menentang penjajah

Selasa ,20-08-2013 – Ahli biro politik Hamas, Mousa Abu Marzouk menegaskan Hamas tidak akan dipisahkan dari rakyat dan seluruh Palestin dan akan kekal sebagai gerakan perjuangan sehingga dapat memerdekakan tanahair dan mencapai hak untuk kembali semula.

Abu Marzouk, dalam satu kenyataan Ahad lalu di laman Facebook beliau menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat supaya bangkit menentang penjajahan bagi mengusir mereka dari tanah Palestin, merobohkan dinding dan menamatkan pembinaan penempatan haram.

Beliau menegaskan Semenanjung Gaza adalah sebahagian daripada bumi Palestin dan yang telah menentang Israel sejak Nakba Palestin, serta menegaskan bahawa semua gerakan pembebasan yang dipimpin oleh Fatah dan pergerakan penentangan yang diketuai oleh Hamas telah dilancarkan dari Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz