
Selasa ,20-08-2013 – Anggota Pihak Berkuasa Keselamatan telah menahan dalam dua hari lepas 6 sekutu Hamas dan menyaman 12 yang lain di Tebing Barat.
Di Salfit, perkhidmatan perisikan telah menyaman warganegara dari kampung Farkha dan menahan tawanan yang telah dibebaskan Kanaan Shatat dari bandar Bidya selepas menyerbu rumahnya. Keluarganya mengesahkan beliau melancarkan mogok lapar selepas ditangkap.
Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan (PSS) di Ramallah memanggil dua pelajar di Universiti Birzeit, yang telah melancarkan mogok lapar selama enam hari yang turut bersama-sama dengan beberapa pemimpin yang telah ditahan dan aktivis dari blok Islam.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada