Selasa ,20-08-2013 – Yayasan “Wanita Islam Demi al-Aqsa” melancarkan program Festival Membeli-belah pertama di Oasis Resort di Umm al-Fahm di wilayah Palestin. Ianya melalui penyertaan yang aktif daripada adik-beradik dan kaum keluarga. Festival ini mempunyai banyak aktiviti-aktiviti rekreasi dan pendidikan yang dijalankan oleh yayasan ini.
Festival ini juga mempunyai bazar amal yang besar yang menawarkan pelbagai keperluan keluarga baju, kasut, barangan rumah, alat tulis dan sebagainya yang diperlukan oleh rumah. Harganya sangat popular bagi menarik banyak keluarga untuk membeli seperti yang dikatakan oleh penganjur festival.
Dalam temu bual bersama Ola Hijazi, wakil Yayasan “Wanita Islam Demi al-Aqsa”, beliau berkata, bazar amal ini telah diadakan selama lapan tahun berturut-turut, tetapi pada tahun ini kami memilih untuk melakukannya dengan lebih meluas supaya semua ahli keluarga arab di Palestin dapat menyertainya dan meninjau produk-produk yang ditawarkan. Kami melihat kehadiran yang sangat memberansangkan pada hari pertama dan kami berharap agar ramai lagi yang hadir pada jam ini dan hari-hari yang seterusnya.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah