Categories
Berita Semasa

Fatah menyokong tentera Mesir terhadap pembunuhan pro demokrasi Mesir

Khamis ,22-08-2013 – ‘FATAH’, yang diketuai oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan pendirian dan sokongannya terhadap tentera Mesir dalam tragedi pembunuhan penunjuk perasaan secara aman dan para penentang terhadap rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi di Mesir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan dan Kebudayaan, pada hari Sabtu, ‘FATAH’ melahirkan keyakinannya terhadap keupayaan tentera Mesir untuk menumpaskan konspirasi dan komplot rakyat, negeri dan Negara di Mesir.

‘FATAH’ juga mengumumkan tindakan berat sebelahnya dan sokongannya terhadap hak pasukan tentera Mesir dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan Mesir dalam menghadapi keganasan, seperti yang beliau sifatkan, serta merujuk kepada para penentang terhadap rampasan kuasa dan penyokong-penyokong yang menginginkan legitimasi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah