
Khamis ,22-08-2013 – Pusat Kajian Tawanan Palestin menyebutkan seorang tawanan Palestin Basil Imad Subhi (31) dari kampung Ramal di Semenanjung Gaza, kini sudah memasuki tahun ke-12 di dalam penjara Zionis secara berturut-turut. Kini dia mendekam di penjara padang pasir Nafha.
Pengarah Informasi Pusat Kajian Tawanan Palestin, Riyad Asyqar menjelaskan bahawa penjajah Zionis menculik Imad Subhi dari kem pelarian A’mari di Tebing Barat pada tahun 2002 dan dipenjara dua kali seumur hidup ditambah 52 tahun, setelah penjajah Zionis menuduhnya terlibat dalam pembunuhan tiga penduduk Zionis di penempatan Ofer sebagai tindakan balas terhadap rakannya yang syahid Muhannad Halawa di Ramallah.
Asyqar menyatakan bahawa Imad Subhi dilarang dikunjungi keluarganya sejak beberapa tahun lalu dengan alasan faktor keselamatan. Beliau mendapatkan sijil sekolah menengah atas ketika di dalam penjara.
sumber : COMES
penterjemah : Osman