
Rabu,04-09-2013 – Ahli Biro Politik Gerakan Pejuang Islam. Izzat al-Risheq , memberi amaran tentang penindasan berterusan Israel ke atas Majid Aqsa akibat daripada sikap berdiam diri dunia Arab dan Islam.
Beliau menyatakan terdapat sejumlah terowong baru ditemui di bawah Masjid Aqsa. Rejim Israel menggunakan rundingan dengan pihak berkuasa Palestin sebagai pelindung kepada jenayah berterusan dan pelan memasukkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa. Rakyat Palestin tidak akan membenarkan walau seinci wilayah Palestin diambil, beliau menekankan. Pemimpin gerakan Hamas menekankan keperluan menyatukan semua usaha penentangan terhadap perancangan Israel dengan mengatakan bahawa penentangan merupakan satu-satunya pilihan bagi menangani rejim.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati