Categories
Berita Semasa

Kumpulan Palestin di Beirut: Kami menolak sebarang keganasan di mana-mana negara Arab

Isnin,09-09-2013 – Pimpinan serta jawatankuasa kumpulan Palestin di Beirut telah mengisytiharkan penolakan serangan Amerika yang dirancang terhadap Syria.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, pimpinan tersebut menolak sebarang serangan ke atas mana-mana negara Arab dan menggesa semua pihak di Syria bersetuju dengan penyelesaian secara aman terhadap masalah mereka yang akan memelihara keselamatan, kestabilan dan peranan Syria di rantau ini.

Sambil menegaskan semua kumpulan akan terus menghadapi pengganas Zionis, menolak penempatan, melindungi Baitulmuqaddis dan menuntut kebebasan untuk semua tahanan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz