Categories
Berita Semasa

MP Bahar Seru Mesir Buka Rafah Secara Kekal

Isnin,09-09-2013 – Majlis Perundangan Palestin (PLC) telah menggesa pihak berkuasa Mesir untuk menghentikan kempen iaitu merobohkan terowong sempadan yang digunakan untuk membawa bekalan penting ke Gaza yang dikepung.

Dr Ahmed Bahar, timbalan pengerusi pertama PLC, katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pada pagi Isnin di sempadan Rafah, bahawa terowong ini merupakan nadi kehidupan Gaza sejak 2007.

Terowong ini adalah satu penyelesaian yang luar biasa sehingga pembukaan Rafah secara kekal bagi pergerakan individu dan barang-barang, katanya, menyeru pihak berkuasa Mesir tidak mengambil bahagian dalam rancangan Israel dan Amerika untuk membunuh kanak-kanak di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen