Categories
Berita Semasa

Abu Sabha: Mesir Buka Sebahagian Pintu Rafah

Selasa,10-09-2013 – Pihak berkuasa Mesir membuka sebahagian pintu sempadan Rafah pada pagi Ahad, selepas pengumuman penutupan pada hari Sabtu berikutan situasi tegang di Sinai. Maher Abu Sabha, pengarah sempadan Rafah, memberitahu PIC bahawa pihak berkuasa Mesir memberitahu mereka bahawa sempadan Rafah akan dibuka semula sejak 11 pagi.

Beliau berkata: “Kita bercakap tentang kelewatan yang menyebabkan bencana dan beribu-ribu kes-kes yang telah terlibat secara langsung dengan penutupan berterusan Rafah kepada pelajar dan pesakit.”

Pegawai Palestin juga menegaskan bahawa hubungan yang berterusan yang diadakan pada peringkat rasmi antara pihak berkuasa Mesir dan Kementerian Luar Negeri, di samping hubungan antara bidang pentadbiran sempandan dan pentadbiran am sempadan di sebelah Mesir, untuk penyelesaian krisis sempadan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen